SELAMAT DATANG

9W2MES...

9W2MES...

KELUARGA TERSAYANG.

KELUARGA TERSAYANG.

BUAH HATI KESAYANGAN..AZLIN

BUAH HATI KESAYANGAN..AZLIN

Khairul @Z

Khairul @Z
Seyuman mengoda.

SAHABAT


Sahabat Sejati (Majalah Cahaya Feb 2006), Oleh Haslinda Lukman

SAHABAT SEJATIoleh:Haslinda Lukman



“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’

DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;

Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat

Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.


Zakaria Bin Othman -->

Tarikh : 10 March 2006 Sumber : -->[Zakaria Bin Othman] Editor : PRO JAKIM [Zakaria Bin Othman]Hits : 7502

RAKAN BELAJAR BERSAMA DAN LULUS BERSAMA

RAKAN BELAJAR BERSAMA DAN LULUS BERSAMA
9W2MYM MOHD YUSLI SAAD.

9W2DXX NORHISYAM

Rakan2 saltmail menjamu selera,

Rakan2 saltmail menjamu selera,
Mi tengah tegok air,Zam dok rancak makan,Jad tengah telan kut & Pak Dek dah kenyang perut.

RAMAH DAN MESRA

RAMAH DAN MESRA
LOKASI UMAH 9W2DKG MAJLIS KACAU BUBUR ASYURA BERSAMA RAKAN2,KEAKRAPAN BERSAMA KELUARGA RAKAN2 HAM.MAUFAKAT LAH KATAKAN.

RAMAI RAMAI KAYUH

RAMAI RAMAI KAYUH

9W2OLC (MAT PIDA)

BERKELAH BERSAMA RAKAN HAM KANGAR

BERKELAH BERSAMA RAKAN HAM KANGAR
Setelah berkerja,Bercuti sambil berehat keluarga di Bukit Wang.Rakan rakan yang turut serta 9W2CDD,9W2HSR dan 9W2YBY .

RAMAI RAMAI BERCUTI KAT GUBIR

RAMAI RAMAI  BERCUTI KAT GUBIR
Berehat 3 hari 2 malam,di Gubir,tenangkan fikiran.Apa yang menariknya radio sahaja jadi penghubung 55 kirim salam....,Bersama 9W2RZR,9W2LLK(9M2GET),9W2GPS,9W2CDD dan 9W2YBY...,

KAT TEPI LAUT BEB

KAT TEPI  LAUT BEB

DOK BINCANG ADA KA TAMBANG NAK BALIK

DOK BINCANG ADA KA TAMBANG NAK BALIK

SIAP SIAP NAK BALIK MALAYSIA HE HE

SIAP SIAP NAK BALIK MALAYSIA HE HE

Menong apa nak jadi? 9W2YBY & 9W2DBT..

Menong apa nak jadi? 9W2YBY & 9W2DBT..

Bang Johan(9W2JOS)

Lokasi penginapan semasa AGM ASTRA..

Lokasi penginapan semasa AGM ASTRA..

MB PUN MINAT NAK QSO

MB PUN MINAT NAK QSO

PEDOMAN